Rancangan Pelajaran

Rancangan Pelajaran Harian

Persediaan Mengajar Bahasa Malaysia Tahun 2

Tarikh : 24 April 2012
Hari : Selasa
Masa : 10:20 – 11:20 pagi
Kelas : Tahun 2 Anggerik
Tema : Sihat dan Cerdas
Tajuk : Jagalah Kebersihan Diri
Fokus Utama : 
Standard Kandungan : 

1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

Standard Pembelajaran: 
1.4.1 Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk yang betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

Fokus Sampingan : 
Standard Kandungan
2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Standard Pembelajaran: 
2.3.1 Membaca kuat ayat penyata dengan lancar, sebutan yang jelas, intonasi yang betul dan berjeda.

Objektif : Pada akhir pengajaran, murid dapat :
  1. berbual tentang cara menjaga kebersihan diri dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk yang betul secara bertatasusila.
  2. membaca kuat ayat penyata yang terdapat dalam petikan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
  3. mengisi dengan betul 4 daripada 5 tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

Pengisian Kurikulum : 
  1. Ilmu : Pendidikan Kesihatan
  2. Nilai : Kebersihan
  3. Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran Berfikir - mentafsir

Sistem Bahasa : - kosa kata
-Ayat penyata

Media : gambar, carta petikan, lembaran kerja

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Refleksi :
.....................................................................................................................
.....................................................................................................................
.....................................................................................................................